Showing posts with label Tugasan BBM3410. Show all posts
Showing posts with label Tugasan BBM3410. Show all posts

Monday, 12 November 2018

BBM3410/18: M9 Pembentangan One Shot & Aktiviti Kelas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Semoga yang membaca ni diberikan kesihatan yang baik... In shaa Allah...
.
Ok, hari ni Fez mau cerita apa tugasan yang kami buat pada minggu ini... Minggu ni kelas santai... Kami kena bentang Video One Shot yang kami buat dua minggu yang lalu selepas habisnya cuti mid sem... Ada 8 kumpulan yang bentang dan semuanya memang terbaik...
.
.
Tapi antara 8 kumpulan, Prof mengumumkan ada dua kumpulan yang paling terbaik... Kumpulan tu Mawar Production dengan membuat Video One Shot daripada lagu Syinta gila daaaaaaan kumpulan Panglima Awang (kumpulan saya) dengan lagu Hajat dari Hael Husaini... Bila Prof umumkan kumpulan kami menarik walaupun masa tengok tu gelap... Gembiranya bukan main...
.
.
Kalau kamu mau tengok Video One Shot kumpulan Panglima Awang tekan url di bawah
https://www.youtube.com/watch?v=lPDKtFOZ5QQ

Jangan lupa like dan subscribe ya...

Kumpulan Panglima Awang
Kumpulan Mawar Production
Selesai sahaja pembentangan... Prof bagi tugasan untuk dibentangkan pada minggu hadapan... Kami kena buat Video One Shot Two Layer pula... Lagi seronok sebab video ni kita kena menyanyi (miming) dan kena lakonkan... Nantikaaaaaaannnnnn....
.
.
Selepas tu kelas diteruskan dengan membuat aktiviti dalam buku BOOM! bab 7... Ada tiga soalan dan kami kena siapkan dan hantar sebelum tamatnya waktu kelas... Kata Prof, latihan ni mungkin akan masuk dalam Peperiksaan Akhir.... Jadi kawan-kawan sekelasku sila ingat!!!
.
.
Sekian sahaja dari saya

Wednesday, 7 November 2018

BBM3410/18: M8 Prof masuk Tv

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan blog yang dikasihi... Minggu ni Prof bagi kami cuti tapi ada tugasan online...
.
.
Tau tak tugasan apa? Prof suruh kami tengok Al-Hijrah pada hari Isnin bersamaan dengan 5/11/2018, jam 8 pagi...
.
.
Jam 8 pagi tu... Punya main kelam kabut bangun pagi... Lebih-lebih lagi waktu sis bercuti-cuti... Tapi demi Prof sis bangun pagi cepat-cepat buka tv... Masalahnya dekat homestay tu tv tak fungsi la pula... Alahai dugaan betullah... Nasib baik youtube ada... Sis pun tengoklah youtube...
.
.
Prof masuk tv untuk membincangkan isu bahasa iaitu Martabat Bahasa Melayu dan Keharmonian Kaum... Saya bersetuju bahawa masyarakat di Malaysia perlu mendahulukan Bahasa Melayu daripada bahasa lain unt berkomunikasi agar Bahasa Melayu dapat diangkat sebagai bahasa ibunda.
.
.
Prof masuk tv waktu tu memang comel... lebih-lebih lagi ada Asyraf Muslim... Betambah semangat tengok... Tak sia-sia bangun pagi...
.
.
Proflah juga paling menang

Thursday, 1 November 2018

BBM3410/18: Balik Kampung

Assalamualaikum dan haiii semua... Cuti midsem dah nak habis... Tapi baru sis ada kesempatan untuk update blog... Sebab sis sibuk sangat-sangat... Kemas barang... Pergi kenduri... Ambil angin...
.
.
Cuti midsem ni memang seronok sebab dapat balik rumah... sampailah kerja-kerja pun kena bawa balik rumah juga...
.
.
Tugasan minggu ni, kitorang kena tangkap ambil 10 gambar menarik yang ada di kampung... Alaaa tak susahpun... tapi tula... sis ni jarang keluar rumah... tu yang susahnya... jadi kena ringan tulang laaah... ehehehe
.
.
Senangnya dalam hati dapat balik rumah seminggu
Pemandangan atas langit... Otw Sandakan
Inilah Bandar Sandakan
Casa Uno
Pondok Memo



Nak terjatuh tapi tercomel

Sis belanja selfie
Tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu.

Kinabalu Park

Kampung Luanti, Ranau... (Ada kesinambungan)

Wisma Yayasan Sabah

Thursday, 18 October 2018

BBM3410/18: M6 Simpulan Bahasa

18 Oktober 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!  Minggu ni Prof bagi tugasan Simpulan Bahasa. Korang tau tak apa tu simpulan bahasa? Simpulan bahasa ialah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu.

Cerita tugasan ni begini. Setiap kumpulan kena ambil 10 simpulan bahasa yang berlainan. Beratur tau, ikut giliran. Satu pusingan 1 simpulan bahasa ja boleh ambil. Memang tak boleh sama. kalau sama ja Prof akan tolak markah.



Lepas dah pilih tu, setiap kumpulan kena lakonkan dan tangkap gambar. Gambar tu mestilah menunjukkan simpulan bahasa yang dipilih tadi. Bukan senang tau.

Hasil lakonan dan gambar kumpulan kami

Buah tangan

Curi Tulang
Hidung tinggi
Buku lima
Mandi peluh





Simpul mati


Perut kosong
Angkat kening
Angkat bahu

Barang kemas



Wednesday, 10 October 2018

BBM3410/18: M5 Teknik Fotografi Flat Lay

Hai!!! Hai!!! Hai semua... Hari ni sis mau kongsi teknik mengambil fotografi Flat Lay. Sis pun belajar dari Prof Normaliza. Memang terbaik. Sebelum tu sis mau bagitau teknik fotografi Flat Lay ada empat iaitu Flat Lay, Half Flat Lay, Quarter Flat Lay dan yang terakhir Zero Flat Lay.

Sebelum ambil gambar ni semua korang kena sedia produk atau barang-barang yang korang ada. Makanan pun boleh juga ya. Korang kena susun barang ikut cita rasa korang tapi mestilah kemas, teratur dan nampak cantik di mata orang.



Ok, jadi sekarang kita pergi yang pertama dulu ya iaitu Flat Lay. Cara mengambil gambar Flat Lay korang kena letak kamera tu betul-betul atas objek. Mesti tepat ya gaiss... Macam gini ha..




Taraaaa inilah hasilnya gambar Flat Lay...

Tema: Flat Lay Berkelah

Tema: Flat Lay Feminine

Tema: Flat Lay Alat Tulis

Tema: Flat Lay Jam Tangan

Tema: Flat Lay Barangan Elektronik




Seterusnya ialah Half Flat Lay iaitu barangan atau produk diambil daripada kamera yang berada senget di depan objek iaitu 45 darjah.


dan inilah hasilnya

Tema: Barang Mewah

Tema: Sarapan Pagi

Tema: Kesegaran

Tema: Barangan Kulit

Tema: Telefon Bimbit


Ok sekarang beralih pula kita ke Quarter Flat Lay. Yang ni lebih kurang seja dengan Half Flat Lay tapi kamera bagi senget lagi dan ukuran kamera 22.5 darjah daripada objek. Jom tengok hasilnya.

Tema: Ruang Istirahat

Tema: Makanan Berlauk

Tema: Dompet Pink 

Tema: Kasut 

Tema: Buku Nota

Tenik Fotografi yang terakhir ialah Zero Flat Lay. Yang ni kamera kena berada di atas lantai. Jadi produk atau barangan tersebut hanya akan dari depan sahaja. Sebagai contoh...

Tema: Pen warna

Tema: Santai

Tema: Alat solek wanita

Tema: Keperluan belajar

Tema: Bunga


ang paling bestnya semasa sesi penggambaran Flat Lay ni, rakan-rakan dalam kumpulan sangat bekerjasama. Happening sangat dan macam-macam gelagat. Kalau tak caya korang tengoklah sendiri.

Nak tutup cahaya sikit supaya tiada bayang-bayang

Masing-masing nak cuba ambil gambar.. hahaha

Lepas ambil gambar terus muat naik dalam insta

Team Panglima Awang terbaik!!!


Sekian sahaja dari sis... Baiiii...

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...