Friday, 17 January 2020

Donuts By Fezz

Assalamualaikum warga blog...

Mau promosi sikit Donat yang saya buat. Bukan biasa-biasa ya Donat saya ni, toppingnya di import dari Indonesia. Memang sedap dan padu!!! Sekali cuba pasti nak lagi... Yummy😋😋😋

Tapi Donat ni khas warga Sandakan sahaja... Kalau ada family, cepat bagitahu!!! Saya open order hari Sabtu dan Ahad sahaja...

Boleh juga tempah untuk event hari jadi, anniversary, majlis akikah dan sebagainya. Bukan sahaja sesuai dimakan untuk kanak-kanak bahkan dewasa pun boleh juga merasa... sebab Donat saya ni tidaklah manis sampai mau potong kaki ... memang ngam-ngam ditekak...

Rugi sesiapa yang belum Merasa!!!

Boleh ws saya bagi sebarang tempahan...

WWW.WASAP.MY/60142815157/SayaMahuOrderDonuts



Pelbagai perisa... Yummy

Sekotak ada 9 biji

Tempahan untuk majlis p

Murah2 sahaja!!!

Monday, 6 January 2020

Hari Konvokesyen Fezlyanna

19/11/19- Selasa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Alhamdulillah pada 19 November 2019, saya telah bergraduat dengan jayanya. Semua usaha dan penat lelah yang dihadapi semasa Degree dibayar sepenuhnya dengan  keputusan yang memuaskan iaitu saya mendapat Kepujian Kelas Pertama. Bagi saya ini ialah hadiah untuk ibu bapa saya yang sudah membanting tulang semasa saya di menara gading.

Hati ini penuh dengan kegembiraan dan kesyukuran apabila ibu bapa saya menghadiri konvokesyen. 3 hari menginap di Selangor, banyak kenangan yang tersimpan.

Jom tengok gambar-gambar konvo saya!!!

Alhamdulillah, sah sudah bergraduat!!!

Suka sangat gambar ni.. jubah terbang gitu...

Taman Morocco... Formal gitu 

Pelbagai gaya la kunun... Ching

With my mom... Sepet terus mata gara-gara cahaya matahari...

Aiseh.. my mum konvo lah...

Dengan my dad pula... 

My dad pun konvo juga bah..

Alhamdulillah geng kami konvo dengan Kepujian Kelas Pertama!!! 

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...