Sunday 28 October 2018

BBM3410/18: Gadis Bunga Konvo

Haliuu semua!!! Saya mau cerita sikit pasal Majlis Konvokesyen UPM kali ke-43 ni. Majlis konvo UPM diadakan pada 25 Oktober 2018 sehingga 01 November. Jadinya, saya ambil peluang untuk menjana pendapatan dengan bekerja dengan Rakan Bakti Putra (RBP) di bawah Wazan UPM.

Saya telah bekerja untuk mengubah bunga gais!!! Memang seronok. Banyak pengalaman yg saya dapat dengan ikut majlis gubahan ni. Sebenarnya sudah empat tahun kerja dengan RBP untuk gubahan bunga ni. Kiranya saya senior la dalam kerja gubahan bunga ni.

Melalui kerja gubahan bunga, bukan sahaja dapat gaji, saya dapat mengenali nama-nama bunga orkid bahkan dapat kenalan baru yang berganti setiap tahun. Memang seronok. Walaupun penat tapi penat tu berbayar dengan kegembiraan.



Alahai seriusnya pula

Berikut merupakan contoh gubahan bunga

Harga Rm50

Harga Rm50

BBM3410/18: Pengenalan Video One Shot Layer

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan yang saya kasihi. Pada minggu 7 ni, Prof telah memberikan tugasan yang sangat menarik dimana kami dikehendaki untuk membuat satu video one shot layer. Apa tu video one shot layer? Video one shot layer ni ialah satu video yang dirakam secara berterusan tanpa memotong rakaman tersebut. Selain itu, kamera perlulah stabil di satu tempat.

Sebelum kami membuat rakaman video, prof ada bagi tengok satu video dari Bruno Mars, lagu apa tu... hmm lagu 'the lazy songs'. 





Korang boleh tengok lagu tu di sini https://www.youtube.com/watch?v=fLexgOxsZu0


Tuesday 23 October 2018

BBM3410/18: Cendol pengubat lara

Haliuu semua!!! Minggu ni Fez memang banyak kerja. Mau hantar PITA, mau buat video one shot layer, mau buat tugasan rentas. Tapi dalam kesibukan itu, jangan risau!!! Kita kenalah berehat sebentar bersama Cendol, Serdang... Nyum nyum...



Cendol Jagung



Sedap!!! Ini cendol Jagung, tiada kacang tiada pulut. Tapi kalau korang mau yang ada kacang yang ada pulut ada juga kena jual. Macam-macam cendol ada kecuali cendol durian. Itu memang tiada.

Kalau korang makan janganlah sendiri-sendiri. Bawa kawan-kawan untuk nikmati cendol serdang ni.

Jue, Fez dan Yaya




Bah apalagi pergilah serbu Cendol Serdang. Lokasi ada di Sanggar FBMK dan di Kolej Serumpun. Mungkin ada lokasi lain tapi dua lokasi nilah Fez selalu pergi.

Thursday 18 October 2018

BBM3410/18: My Lovely Smurf

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haliu semua!!! Hari ni saya mau cerita pasal game online di telefon. Nak tanya sikit telefon korang ada game apa ja? Kalau saya ada Mobile Legend, Iddle Heroes dan Smurf. Ok, hari ni saya mau cerita tentang game saya iaitu Smurf. Game Smurf ni dia tidaklah mencabar manapun mcm game-game korang tapi game jenis ni bersifat santai. Tak payah marah-marah dan rasa tertekan kalau kalah rank. Game ni sesuai untuk kanak-kanak dan pelajar yang ingin menghilangkan stress. Jadi korang cepat-cepat install tau game ni. Nama game dalam Playstore ialah The Smurf Village and the Magical Widow. Yang bestnya game ni korang boleh save tau sebab game ni akan berhubung dengan facebook atau akaun google korang.

Sebelum main inilah muka depan game smurf tu.

Kalau korang main pertama dia akan kosong tau. Korang tiada rumah, tiada pondok macam kampung yang baru mau up. Kalau saya punya dah Level 34, jadi kiranya kampung Smurf saya ni dah maju sikitlah. Sikit je tak banyak. Yang banyak tu, banyak lagi kena buat. Gitu ya gais.

Uptown Square
Uptown Square dan pelbagai huts ni boleh di upgrade tapi menggunakan barang tertentu. 
Dia nak tukul, kayu dan potion untuk upgrade pondok si Hefty

Kalau korang nak dapatkan benda tu korang kenalah rajin menanam jadi adalah ganjaran dia bagi daripada hasil menanam tu dan ganjaran tu dia akan simpan dalam stor. Tapi kalau nak menanam buah atau sayur dia ada juga tempoh siapkan tanaman korang tu. Stor pun kena upgrade tau supaya korang boleh simpan banyak buah, tanaman dan sebagainya dalam tu.


Tanam-tanam jagung tak perlu dibaja, orang berbudi kita berbahasa
Ini stor untuk simpan barang


Selain dapat ganjaran lain korang boleh buat cake menggunakan tanaman korang. Ikutlah buah atau sayur yang dia nak tu.
Jagung yang ditanam boleh buat Pai Jagung. Yummy!!

Ha ni gambar-gambar yang ada dalam kampung Smurf saya. 

Uptown square dan Pondok Papa Smurf (Atap merah)

Ada pondok si Smurfette (Kedai bunga), gerai, kedai makan dan pondok si Brainy

Pondok si Penanam

Perumahan Smurf dan ada pondok kayu

Ada gua tempat menggali gems dan ganjaran serta kolam untuk Smurf melakukan aktiviti

Bukan itu sahaja, korang juga boleh add saya dalam ni. Nak jadi ahli kumpulan saya pun boleh. Bagitau saya jadi saya boleh tambah korang untuk jadi ahli.


Jadi, cepat-cepatlah install!!! Kita main sama-sama. Sekian dari saya.

BBM3410/18: Mengidam Oden

16/10/2018
Haliuuuu semua! Rasanya minggu ni kepingin sangat nak makan oden. Ini sebab kawan-kawanlah ni, suka betul post makanan sampai kita ternampak ni pun terliur.

Jadi apalagi aku ni pun yang tidak pandai tahan nafsu makan bergegas ke IOI, Putrajaya semata-mata Oden tulah. Aduh, perut punya pasal aku pun terjebak.


Lepas sampai tu... Haaaa.. ambik kau.. Panjang giler barisan.. Layankan ja lah perut aku ni...



Bila sampai giliran tu ya ampun.. Mcm nak ambil semua.. Dasar tamak betullah perut aku ni...



Dah dapat makanan tu cari port nak makan pula. Sebab Family mart tak sedia meja makan. Nak suruh aku merempat kat IOI lerrr tu..

Oden

Lepas cari tempat makan cepat-cepat buka bungkusan Oden tu.. Ya ampun bila tertelan, nyamannya rasa... nak sangat kan.. ambil mu perut tu Oden!!!

BBM3410/18: M6 Simpulan Bahasa

18 Oktober 2018
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua!  Minggu ni Prof bagi tugasan Simpulan Bahasa. Korang tau tak apa tu simpulan bahasa? Simpulan bahasa ialah kata-kata ringkas atau rangkaian perkataan yang dirumuskan dalam susunan tertentu yang membawa maksud tertentu.

Cerita tugasan ni begini. Setiap kumpulan kena ambil 10 simpulan bahasa yang berlainan. Beratur tau, ikut giliran. Satu pusingan 1 simpulan bahasa ja boleh ambil. Memang tak boleh sama. kalau sama ja Prof akan tolak markah.



Lepas dah pilih tu, setiap kumpulan kena lakonkan dan tangkap gambar. Gambar tu mestilah menunjukkan simpulan bahasa yang dipilih tadi. Bukan senang tau.

Hasil lakonan dan gambar kumpulan kami

Buah tangan

Curi Tulang
Hidung tinggi
Buku lima
Mandi peluh





Simpul mati


Perut kosong
Angkat kening
Angkat bahu

Barang kemas



Wednesday 10 October 2018

BBM3410/18: M5 Teknik Fotografi Flat Lay

Hai!!! Hai!!! Hai semua... Hari ni sis mau kongsi teknik mengambil fotografi Flat Lay. Sis pun belajar dari Prof Normaliza. Memang terbaik. Sebelum tu sis mau bagitau teknik fotografi Flat Lay ada empat iaitu Flat Lay, Half Flat Lay, Quarter Flat Lay dan yang terakhir Zero Flat Lay.

Sebelum ambil gambar ni semua korang kena sedia produk atau barang-barang yang korang ada. Makanan pun boleh juga ya. Korang kena susun barang ikut cita rasa korang tapi mestilah kemas, teratur dan nampak cantik di mata orang.



Ok, jadi sekarang kita pergi yang pertama dulu ya iaitu Flat Lay. Cara mengambil gambar Flat Lay korang kena letak kamera tu betul-betul atas objek. Mesti tepat ya gaiss... Macam gini ha..




Taraaaa inilah hasilnya gambar Flat Lay...

Tema: Flat Lay Berkelah

Tema: Flat Lay Feminine

Tema: Flat Lay Alat Tulis

Tema: Flat Lay Jam Tangan

Tema: Flat Lay Barangan Elektronik




Seterusnya ialah Half Flat Lay iaitu barangan atau produk diambil daripada kamera yang berada senget di depan objek iaitu 45 darjah.


dan inilah hasilnya

Tema: Barang Mewah

Tema: Sarapan Pagi

Tema: Kesegaran

Tema: Barangan Kulit

Tema: Telefon Bimbit


Ok sekarang beralih pula kita ke Quarter Flat Lay. Yang ni lebih kurang seja dengan Half Flat Lay tapi kamera bagi senget lagi dan ukuran kamera 22.5 darjah daripada objek. Jom tengok hasilnya.

Tema: Ruang Istirahat

Tema: Makanan Berlauk

Tema: Dompet Pink 

Tema: Kasut 

Tema: Buku Nota

Tenik Fotografi yang terakhir ialah Zero Flat Lay. Yang ni kamera kena berada di atas lantai. Jadi produk atau barangan tersebut hanya akan dari depan sahaja. Sebagai contoh...

Tema: Pen warna

Tema: Santai

Tema: Alat solek wanita

Tema: Keperluan belajar

Tema: Bunga


ang paling bestnya semasa sesi penggambaran Flat Lay ni, rakan-rakan dalam kumpulan sangat bekerjasama. Happening sangat dan macam-macam gelagat. Kalau tak caya korang tengoklah sendiri.

Nak tutup cahaya sikit supaya tiada bayang-bayang

Masing-masing nak cuba ambil gambar.. hahaha

Lepas ambil gambar terus muat naik dalam insta

Team Panglima Awang terbaik!!!


Sekian sahaja dari sis... Baiiii...

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...