Wednesday 14 November 2018

BBM3410/18: Proses membuat kalendar menggunakan Photoshop

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Hari ni kelas amali dibatalkan tetapi kami diberikan tugasan online melaui Putrablast.... Mesti ada yang fikir kelas batal tu tiadalah kerjakan... tak ya... walaupun kelas batal tapi tanggungjawab perlu dijalankan... ehehehe...
.
.
Hari ini  Prof bagi tugasan yang mengejut di mana kami kena buat video. Video tu adalah proses untuk membuat kalendar menggunakan Photoshop... Nampak mudah kan... ahahaha... tapi waktu rakam tu takut seja telefon jatuh dari tangan... lebih-lebih lagi telefon sebesar tapak tangan...
.
.
Kalau korang nak buat kalendar boleh sudah buat sendiri ya... cuma tengok video ni sahaja... Selamat menonton...



Sebarang pertanyaan, boleh komen di bawah... Sekian dari saya...

Monday 12 November 2018

BBM3410/18: M9 Pembentangan One Shot & Aktiviti Kelas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Semoga yang membaca ni diberikan kesihatan yang baik... In shaa Allah...
.
Ok, hari ni Fez mau cerita apa tugasan yang kami buat pada minggu ini... Minggu ni kelas santai... Kami kena bentang Video One Shot yang kami buat dua minggu yang lalu selepas habisnya cuti mid sem... Ada 8 kumpulan yang bentang dan semuanya memang terbaik...
.
.
Tapi antara 8 kumpulan, Prof mengumumkan ada dua kumpulan yang paling terbaik... Kumpulan tu Mawar Production dengan membuat Video One Shot daripada lagu Syinta gila daaaaaaan kumpulan Panglima Awang (kumpulan saya) dengan lagu Hajat dari Hael Husaini... Bila Prof umumkan kumpulan kami menarik walaupun masa tengok tu gelap... Gembiranya bukan main...
.
.
Kalau kamu mau tengok Video One Shot kumpulan Panglima Awang tekan url di bawah
https://www.youtube.com/watch?v=lPDKtFOZ5QQ

Jangan lupa like dan subscribe ya...

Kumpulan Panglima Awang
Kumpulan Mawar Production
Selesai sahaja pembentangan... Prof bagi tugasan untuk dibentangkan pada minggu hadapan... Kami kena buat Video One Shot Two Layer pula... Lagi seronok sebab video ni kita kena menyanyi (miming) dan kena lakonkan... Nantikaaaaaaannnnnn....
.
.
Selepas tu kelas diteruskan dengan membuat aktiviti dalam buku BOOM! bab 7... Ada tiga soalan dan kami kena siapkan dan hantar sebelum tamatnya waktu kelas... Kata Prof, latihan ni mungkin akan masuk dalam Peperiksaan Akhir.... Jadi kawan-kawan sekelasku sila ingat!!!
.
.
Sekian sahaja dari saya

BBM3410/18: Tweet Tweet Twitter

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua... Sebelum tu nak tanya? Yang baca ni ada twitter ka? Kalau ada ikutlah saya di twitter... Cari saya di @FezlyannaRill ...
.
.
Cerita pasal twitter ni sebenarnya saya dah ada twitter lama dah... Dari 7 tahun yang lalu iaitu 2011, masa tu tingkatan empat... Telefon saya belum ada, buat akaun pun dekat Pusat Siber... Jadinya buka pun setahun sekalilah... Boleh dikira post dalam tu... Memang tak aktif sangat... Followers pun tak ramai... huhuhu... Maaf saya bukan twitter famous...
Follow jangan tak follow
Tapi bila ikut kelas Multimedia, saya kena tanam azam untuk menjadi terkenal di twitter... Acaah... Ahahaha... Semoga angan-angan menjadi impian... Sebab masuk kelas Multimedia... Banyak media sosial yang perlu aktifkan diri... Arahan Prof kan... Al maklumlah bak kata Prof #Redha ... Selain blog, insta buat video, twitter pun jangan dilupa...
.
.
Ok ni antara siaran yang saya dah tulis dalam twitter...
Jangan bilang hakak tak ajak main shopee
Kalaulaaahhhhhh

Yang ni sis meluah

Bersyukur...


Twitter akan di update setiap minggu sekurang-kurangnya seminggu sekali... Lagi banyak lagi bagus... ehehehe... Sekian sahaja dari saya... Tweet tweettttt...

BBM3410/18: Pemeriksaan kulit buat pertama kalinya

Hai hai semua... hari ni fez mau ceritakan bah... Hari tu kan Fez nampak satu iklan di kumpulan Whatsapp pasal pemeriksaan kulit... Masuk percuma sahaja... Jadi apalagi Fez rebutlah peluangkan mau memeriksa kulit... Lagipun kawan ikut sekali jadi tidaklah juga risau atau bosan waktu periksa tu kan...
Iklan nilah yang saya nampak tu dalam kumpulan Whatsapp
Lepas pergi tu ingatkan ramailah... Rupanya tak ramai.. Tapi bagus juga taklah balik lewat sangatkan untuk cek kulit...
.
.
Sebelum cek kulit...kami ditanya produk apa yang kami guna pada waktu sekarang. Lepas tu dia bagi pendedahan kepada kami tentang produk Artistry yang boleh melembapkan kulit. Aku pun baru tau ada juga produk ni... Artistry kalau dijarakkan jadilah Art is try... Memang ada sejarahnya kenapa nama tu Artistry sebab produk ni dulu sebelum laku keras sampailah nombor 5 dunia... Pencipta produk ni dia bagi isteri dia guna dulu... Begitulah ceritanya
Cantik kulit penasihat kami ni... Terus rasa percaya tu ada... Ehehe
Lepas dia bagi penerangan... Dia pun mulalah cek kulit kami seorang demi seorang guna alat tu... Aku fikirkan besar gedebak rupanya kecil macam tapak tangan seja...
Alat cek kulit
Dia pun cek lah kulit aku...
Nampak tak aku tengah tutup mata... Aku hayati tu mesin tu diletak muka aku... Maklumlah pertama kali cek kulit...
Lepas cek-cek tu Ya Allah... Umur aku 23 mesin tu kata macam 60 sampai keputusan kedutan pun sampai 56 daripada 8 normal.. Muka nampak licin tapi rupanya jerawat banyak lagi nak tumbuh... Kulit tak usah cakaplah memang kering... Orang nampak pun boleh tahu.. Apalagi mesin ni kata... kekeringan kulit aku ni di tahap yang sangat teruk dan memerlukan rawatan intensif...

Pigmentasi

Merah tu tandanya jerawat nak tumbuh

Kulit kering yang sangat

Ini keputusan keseluruhan
Nampak tak kedutan aku tu 54 woo... Normal 8 sahaja... Umur baru 23 macam dah tua... 
Lepas dia cek kulit... Dia bagitahu apa patut kami pakai... Tapi mestilah Artistry juga kan... Artistry tu memang bagus... Memang nampaklah perbezaan bila kami cuba guna... Sejuk dan lembab... Tapi tula kan... Harga pula tidak mengizinkan... Tapi memang berniat nak beli jika ada kerja nanti... Doa banyak-banyaklah dapat kerja supaya boleh beli produk macam Artistry ni...

Senarai harga Artistry
Tapi apa-apapun terima kasih kepada pihak yang menganjurkan iaitu Muse sebab mereka kami dapat tahu keadaan kulit kami macam mana... Bagi nasihat kepada kami dan memberikan layanan yang sangat bagus walaupun berbeza agama... Terbaiiiik!!!!
.
.
Sekian sahaja daripada saya...

BBM3410/18: Majlis Jamuan Jualan Amal

Haliuuu semua... Fez mau cerita pasal hari kejadian minggu ni... minggu ni Fez menghadiri satu Majlis Jamuan sempena bekerja dengan Rakan Bakti Putra sebagai penggubahan bunga waktu Majlis Konvokesyen UPM yang ke-43.
.
.
Fez rasa terharu sangat bila jualan amal melonjak naik daripada sebelum ini iaitu daripada Rm40k kepada Rm70k... wowwww kan!!!
.
Ok lepas ni jangan hairan kalau aku jadi penjual bunga ya...
.
.
Yang seronoknya lagi, bukan sahaja dapat makan percuma tapi kami semua dapat penghargaan sijil... Bukan itu sahaja, yang lagi seronok Fez dapat cabutan bertuah nombor 21.... kihaaaa.... Siapalah yang  tak gembira dapat hadiah berganda-gandakan... ehehehe...
.
.
Muka gembira dapat gaji, dapat sijil dan dapat cabutan bertuah

Selesai sahaja penyampaian sijil, apalagi makanlah puas-puas... Terima kasih pihak RBP dan Wazan...
Memang sedap... lebih-lebih kari... nak repeat tapi habis

Lepas dapat makan, dapat Pizza lagi oh... Memang durian runtuhlah...

Dapat Pizza... Yeaahhhh



Tapi tahun ni adalah tahun terakhir saya bekerja dengan RBP sebab tahun depan saya pula yang dapat bunga (konvo)... Percayalah kenangan ni saya tidak akan lupa... Sebab staf wazan iaitu Kak Enon, Kak Wani, Kak Mas dan Kak Firda semua baik-baik belaka... Terima kasih RBP... Terima kasih Wazan...

Bersama rakan-rakan.

Nampak gembira semuanya sebab dapat hadiah lumayan

Wednesday 7 November 2018

BBM3410/18: Pasar

Haliiuuu semua... Sis hari ni nak kongsi... Setiap bandar tentunya akan ada pasar kan... Jadi haritu sis balik semua pasar sis singgah. Pasar Kimfung Sandakan, Pasar Filipin KK, Pasar malam KK, semua pasar sis ronda...
.
.
Bukan apa, sis ni suka sangat bejalan... Kalau tiada duit pun tetap kuat bejalan... Cuci matalah katakan...
.
.
Kalau pergi pasar, sis paling suka beli ikan bakar, keropok-keropok Sabahan seperti Amplang, Kuih Cincin, Kuih Lidah Buaya dan macam-macam lagi... Memang kalau beli keropok memang sis akan ke Pasar KK... Rambang mata mau pilih keropok... Bukan baju ja bikin rambang mata, keropok pun boleh... ehehehe...
.
.
Jom tengok gambar-gambar....
Semua pun kegemaran
Kerongsang pun ada

Keropok Sabahan

Hasil pancingan di Pasar

BBM3410/18: M8 Prof masuk Tv

Assalamualaikum dan selamat sejahtera rakan-rakan blog yang dikasihi... Minggu ni Prof bagi kami cuti tapi ada tugasan online...
.
.
Tau tak tugasan apa? Prof suruh kami tengok Al-Hijrah pada hari Isnin bersamaan dengan 5/11/2018, jam 8 pagi...
.
.
Jam 8 pagi tu... Punya main kelam kabut bangun pagi... Lebih-lebih lagi waktu sis bercuti-cuti... Tapi demi Prof sis bangun pagi cepat-cepat buka tv... Masalahnya dekat homestay tu tv tak fungsi la pula... Alahai dugaan betullah... Nasib baik youtube ada... Sis pun tengoklah youtube...
.
.
Prof masuk tv untuk membincangkan isu bahasa iaitu Martabat Bahasa Melayu dan Keharmonian Kaum... Saya bersetuju bahawa masyarakat di Malaysia perlu mendahulukan Bahasa Melayu daripada bahasa lain unt berkomunikasi agar Bahasa Melayu dapat diangkat sebagai bahasa ibunda.
.
.
Prof masuk tv waktu tu memang comel... lebih-lebih lagi ada Asyraf Muslim... Betambah semangat tengok... Tak sia-sia bangun pagi...
.
.
Proflah juga paling menang

BBM3410/18: Kampung Luanti, Ranau

Haliuuuu rakan-rakan blog. Hari ni sis mau cerita sikit dengan kamu semua tentang percutian sis di Kampung sendiri. Hehehe...
.
Hari tu kan sis pergi Sandakan ke Kota Kinabalu, jadi dalam perjalanan tu sis rebutlah peluang singgah di Kampung Luanti, Ranau. Ada apa di sana?
.
.
Di kampung tu ada spa untuk kaki... ehehe... Ikan tu akan hisap dan gigit kaki korang yang berbau dan kotor tu supaya bagi wangi dan bersih...
.
.
Tapi sis mau bagitahu, kalau mau masuk bukan percuma... Ada juga yuran dia.. Bagi dewasa Rm5 dan kanak-kanak RM3. Ini untuk warganegara... Kalau bawa peralatan kamera seperti telefon pun bayar juga Rm3 ya. Satu kali ja bayar kamera tu untuk satu rombongan. Janganlah mau mengada-ngada bayar seorang satu untuk yuran kamera tu. Kaya berabis tu... Sampai tak tahu mau belanja duit dekat mana...
Yuran Masuk

Waktu saya datang tu hujan tau... sepatutnya masuk percuma tapi dah beli tiket awal... Jadi ertinya bukan rezekilah... Takpa yang penting dapat masuk...
.
.
Sempat lagi bergambar sini biar hujan

Ikan keli pun romantik
Gembiranya tu bukan main

Jadi kawan-kawan... Kumpullah duit ya untuk datang Sabah!!! Memang seronok dan kemungkinan tak cukup datang sekali... Mau datang kali-kalipun ada... Sekian sahaja daripada saya.

Thursday 1 November 2018

BBM3410/18: Shopee

Haliuuuuu semua... Sis nak kongsi tips sedikit pasal nak dapatkan diskaun atau pengurangan harga di shopee... Kalau korang mau tau banyak cara untuk dapatkan diskaun ni....
.
.
Salah satunyaa ialah main Shopee shake dan yang bagusnya korang boleh invite rakan-rakan lain yang ada apps ni untuk main bersama... Makin ramai korang invite, makin banyaklah coins group yang korang dapat.
Dalam ni ada 3 orang
Lepas korang shake-shake fon korang... korang akan dapat coins... janganlah pula korang goncang sampai sakit tangan...

12 Coins campur 2 coins sebab main sama kawan-kawan
Korang juga boleh cek coins korang tu ada berapa dalam akaun...

Haaa... tu ada 147 coins dah
Kalau dah banyak sampai beribu... korang bolehlah beli barang guna coins... Akan ada penolakan harga.... Kalau tak percaya tengok ni...

1225 coins bersamaan dengan RM12.25, maknanya korang dah save Rm12
Seronokkan???? Jadi apalagi mainlah Shopee Shake... Jangan lupa ajak sis ya.. ehehe
Jadual pun ada untuk main Shopee Shake ni...

Jadual akan diupdate oleh Shopee

Selamat mencuba... Sekian daripada saya...

BBM3410/18: Makanan Kegemaranku

Haiiii semua... Sis mau bagitau bah ni... Kalau balik kampung di Sandakan Sabah... Makanan wajib yang perlu dirasa ialah Coto Makassar, Bakso, Nasi Kuning dan macam-macam lagi...
.
.
Kamu mau tau kenapa?
.
.
Sebab sudahlah sedap, murah pula tu...
.
.
Hanya di Sandakan seja yang buli dapat makanan begini...
.
.
Udang besar-besar dan murah.. 1Kg Rm 20

Nasi Kuning Haji Tamrin

Bakso dan bihun coto MPS harga Rm2.50
Nasi goreng Seafood

Pizza Marina (sotong, udang dan olive)

Kuew Tiau basah

Mi basah


Mesti kamurang beliurkan... Jadi jemputlah datang Sandakan... Sekian sahaja dari saya.

BBM3410/18: Balik Kampung

Assalamualaikum dan haiii semua... Cuti midsem dah nak habis... Tapi baru sis ada kesempatan untuk update blog... Sebab sis sibuk sangat-sangat... Kemas barang... Pergi kenduri... Ambil angin...
.
.
Cuti midsem ni memang seronok sebab dapat balik rumah... sampailah kerja-kerja pun kena bawa balik rumah juga...
.
.
Tugasan minggu ni, kitorang kena tangkap ambil 10 gambar menarik yang ada di kampung... Alaaa tak susahpun... tapi tula... sis ni jarang keluar rumah... tu yang susahnya... jadi kena ringan tulang laaah... ehehehe
.
.
Senangnya dalam hati dapat balik rumah seminggu
Pemandangan atas langit... Otw Sandakan
Inilah Bandar Sandakan
Casa Uno
Pondok Memo



Nak terjatuh tapi tercomel

Sis belanja selfie
Tinggi-tinggi gunung Kinabalu, tinggi lagi sayang sama kamu.

Kinabalu Park

Kampung Luanti, Ranau... (Ada kesinambungan)

Wisma Yayasan Sabah

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...