Wednesday 26 September 2018

BBM3410/18: Asas Grafik yang cantik

Pada hari Isnin bersamaan 17/09/2018 iaitu minggu kedua kuliah Multimedia dalam Bahasa. Kami telah diberikan arahan untuk melakukan Asas Grafik. Sebelum memulakan tugas, Prof memberi penerangan tentang Asas Grafik. Terdapat 5 Asas Grafik iaitu mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna dan teks. Prof juga memberi penerangan tentang cara melakukan Asas Grafik tersebut.

Pertama sekali kami perlu menyediakan bahan yang telah diberitahu pada minggu lalu. Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah 6 keping mounting board, gunting, stick UHU, pisau, reben dan majalah.

Seterusnya kami perlu mencari gambar-gambar yang mempunyai elemen Asas Grafik. Setelah itu, gambar tersebut perlulah digunting dan dilekatkan dengan kemas. Setelah membuat penelitian dan berpuas hati dengan hasil barulah tugasan tersebut dihantar kepada Prof.











BBM3410/18: Ilmu baharu Multimedia

Haliuu!!! Setelah berakhirnya cuti semester, 12/09/2018 adalah merupakan hari pertama kuliah Multimedia dalam Bahasa. Pensyarah bagi kursus ini ialah Profesor Dr. Normaliza Binti Abdul Rahim. Sebelum menghadiri kelas Prof memang bergegar lutut tapi rupanya kelas Prof memang happening. Seronok sangat. Pada hari pertama Prof telah memberi penerangan tentang kerangka kursus ini.

Prof  juga memberi penerangan tentang pemarkahan kerja kursus dan peperiksaan akhir. Jumlah markah yang diberikan untuk kerja kursus adalah sebanyak 60% manakala selebihnya iaitu 40% akan dinilai bagi peperiksaan akhir. Pada hari ini juga Prof telah memberi penerangan tentang etika semasa dalam kelas. Prof juga ada memberitahu buku yang akan kami gunakan untuk kursus ini. Buku tersebut ialah BOOM! dan 200 Quotes.

Seterusnya, Prof memberi arahan kepada pelajar untuk membawa peralatan dan bahan bagi tugasan berkumpulan.  Bahan yang perlu dibawa pada minggu hadapan ialah 6 keping mounting board, gunting, stick UHU, pisau, reben (suku inci lebar, setengah meter panjang) dan majalah terpakai (Glossy). Oleh kerana tugasan yang diberikan berkumpulan. Prof memberi arahan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada 10 orang. Setelah melakukan perbincangan sesama rakan dalam kumpulan, kami bersetuju memberi nama kumpulan Panglima Awang.

Berikut merupakan senarai nama ahli kumpulan kami:
1. Goh Soon Jian 18332
2. Anantha Rao 183450
3. Fatihah 183746
4. Safwan 184122
5. Fatin 184748
6. Fezlyanna 184915
7. Adel 185010
8. Ummu 185057
9. Syed 186008
10. How 187621


Selesai sahaja kuliah, kami diarahkan untuk menandatangani kehadiran sebelum. Banyak ilmu yang kami dapat pelajari daripada kursus ini. Kelas Prof sangat seronok dan saya tidak menyangka Prof seorang yang periang.


BBM3410/18: Knowing Who I Am...

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Haliiiu! Welcome to Fezlyanna Rillera's Blog. Ha apalagi? Jom kenali saya. Nama diberi Fezlyanna Anak Rajasmi. Merupakan anak jati Negeri Sabah. Bukan berbangsa India tapi daripada suku kaum Iban campuran Sungai Kinabatangan. Boleh berbahasa Melayu dan boleh berbahasa Dusun. Nga okuri-kuri boh (Tapi sikit-sikit sahajalah). Saya merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM)  dan mengambil jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). 

Rakan-rakan sekalian nak tahukah perjalanan saya semasa mendapat tawaran masuk ke UPM. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah teruskan membaca. Kalau rakan-rakan nak tahu sebelum saya mendapat tawaran ke Universiti saya tidak pernah menjejakkan kaki di Tanah Semenanjung dan akhirnya pada 30/8/2015 saya telah mendaftarkan diri ke UPM tanpa ditemani oleh keluarga. Kiranya saya solo-solo ke UPM. Kalau dikenang waktu tu memang banjir kapal terbang masa tu. Menangis tak henti-henti sebab berjauhan dengan ibu bapa. Sudahlah pertama kali ke Semenanjung lepastu tanpa ditemani keluarga lagi. Tak kau banjir. Tapi sampai sahaja di Lapangan Terbang Kuala Lumpur(KLIA), saya cekalkan hati dan berazam untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang. 

Kini saya bergelar pelajar akhir. Bukan mudah untuk menjadi pelajar akhir sebab disinilah banyak aktiviti dan cabaran yang akan dilalui terutamanya perlu fokus kepada Projek Imiah Tahun Akhir kerana FYP merupakan syarat bergraduat bagi setiap mahasiswa. Tetapi itu tidak menjadi masalah untuk kami belajar dan melakukan aktiviti lain. Multimedia dalam bahasa merupakan kursus yang wajib diambil oleh pelajar BLM. Kursus ini memang seronok. Bukan sahaja dapat bersama-sama dengan rakan-rakan untuk melakukan aktiviti dan tugasan yang diberikan sekaligus dapat meneroka UPM sebelum berakhirnya perjalanan Degree di sini. 

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...