Monday 10 December 2018

BBM3410/18: Kalendar Saya

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga blog yang disayangi sekalian... Hari tu saya dah ajarkan cara buat kalendar menggunakan Adobe Photoshop... Senang bukan? Haaaa.... kali ni saya nak tunjuk pula kalendar saya sepanjang 2019 yang berlatarkan tempat menarik di Sabah...












Cantik tak? Semua ni tunjuk ajar Profesor Normaliza... Lepas ni saya dah boleh buat tempahan... Siapa-siapa yang nak cuma tinggalkan komen di bawah...

Friday 7 December 2018

BBM3410/18: Facebook

Assalamualaikum dan selamat sejahtera warga blog...

Dari blog ke insta pegi pula youtube dan twitter sehinggalah ke facebook... Macam cari jodoh dah... semua kena cuba dan promosikan diri sendiri... Ehehehe... Kali ni bukan calang-calang tugasan yang diberi... Prof suruh buat 2 post berkaitan dengan kursus BBM3410 (Multimedia dalam bahasa)...

Berikut merupakan tugasan dan bukti yang telah dilakukan di facebook...

Post pertama...



Post yang kedua...



Sambil-sambil tu jangan lupa tambah saya jadi rakan ya...

Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18: Video tanpa wajah

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Bagi pembikinan video tanpa wajah ialah video tersebut mempunyai ciri-ciri tersebut:

1. Fokus
Video tanpa wajah ialah video yang direkod dengan memfokuskan tangan atau kaki dan yang paling penting video ini direkod tanpa wajah pelakon.

2. Lagu dan lakonan
Video ini juga dilakukan berdasarkan sebuah lagu Melayu. Kemudian lakonan tersebut perlulah berkisarkan lagu yang dipilih tadi. Lakonan video tanpa wajah ini hanya perlu memfokuskan satu cerita dan lakonan perlulah mempunyai jalan cerita yang menarik untuk dipertontonkan. Lakonan bagi setiap babak tidak boleh terlalu lama untuk menghindarkan kebosanan para penonton.

3. Tempat
Bagi merakamkan video ini, tempat yang sesuai perlulah dipilih untuk melakonkan babak. Sebagai contoh, lakonan seorang pengemis untuk mendapatkan makanan adalah di kawasan tong sampah.

4. Pembikinan Video
Bagi pembikinan video ini, setelah merekod video yang mempunyai pelbagai babak pendek, video yang dirakam tadi perlulah di edit bagi menggabungkan babak yang dilakonkan.

Contoh video tanpa wajah yang dilakonkan oleh saya dan rakan-rakan:




BBM3410/18: Video one shot

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

1. Video one shot 1 layer
Video one shot ialah video yang dirakam menggunakan kamera dan stabil di kedudukan yang sama. Hal ini bermakna, penyanyi perlu menyanyi dan pelakon perlulah melakonkan reaksi dengan merekodkan video tanpa mengubah kedudukan kamera tersebut.

Oleh yang demikian video ini boleh dikatakan mudah untuk dilakukan kerana video ini tidak memerlukan jurukamera untuk merekod video tersebut. Hal ini bermakna, penyanyi atau semua pelakon boleh merekod video dengan hanya menggunakan tripod stand camera.


Bukan itu sahaja, video ini tidak perlu di edit atau menyunting video kerana video ini dirakam secara beterusan tanpa diedit.

Pengalaman untuk membuat video ini memang menyeronokkan kerana kami dapat menari bersama rakan-rakan sekaligus dapat mengurangkan tekanan. Oleh itu video yang kami buat adalah berdasarkan sebuah lagu rancak untuk menarik perhatian penonton.

Berikut merupakan contoh video one shot yang kami lakukan:


2. Video one shot two layer
Bagi video one shot two layer pula, lagu perlulah dipilih dan sesuai. Video ini bukan memperlihatkan kepada satu penyanyi sahaja tetapi melibatkan beberapa orang penyanyi.

Layer kedua yang dikatakan bagi video ini adalah ada pelakon yang menceritakan lagu tersebut. Tetapi lagu yang dinyanyikan tersebut perlulah bergilir-gilir. Hal ini bermakna, orang yang menyanyikan lagu tersebut perlulah berlakon dalam babak yang tertentu.

Berikut merupakan contoh video one shot two layer:


3.Video One shot three layer
Video one shot three layer juga adalah merangkumi nyanyian dan lakonan.
Bagi layer pertama, ada penyanyi yang menyanyi lagu tersebut, bagi layer kedua pula ada pelakon yang melakonkan watak bagi lagu yang dipilih manakala bagi layer ketiga ada pokok atau benda yang bergerak ataupun ada orang yang berjalan, memandu dan sebagainya.

Bagi lokasi video ini perlulah dipilih dan bersesuaian. Video ini amat menarik kerana terdapat watak yang pelbagai untuk menceritakan lagu tersebut.

Berikut merupakan video one shot three layer:


BBM3410/18: Papan cerita

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya ingin berkongsi tentang info penghasilan papan cerita.

Papan cerita ialah sesuatu cerita yang dicipta yang telah dicetuskan melalui idea. Cetusan idea ini boleh berkembang dan dapat dilakukan dengan hasil lukisan dan tulisan. Papan cerita adalah proses awal reka bentuk.

1. Peralatan
Peralatan yang perlu disediakan untuk membuat papan cerita ini adalah menggunakan pensel kayu, pemadam, kertas A4. Lukisan lebih cantik jika menggunakan pensel 2B kerana ia lebih terang dan jelas.

2. Produk
Papan cerita juga boleh memperlihatkan atau memfokuskan kepada satu produk yang mempunyai pelbagai jenis seperti baju. Baju boleh dijadikan papan cerita dengan melukis jenis-jenis baju mengikut umur atau pun gender iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak. Seterusnya, baju yang mengikut gender tadi diklasifikasikan lagi dengan pelbagai jenis seperti fesyen, casual, baju sukan dan sebagainya.

3. Susunan papan cerita untuk 10 halaman
Halaman pertama bagi papan cerita adalah tentang pengenalan produk. Halaman kedua pula ialah sidang pengarang. Bagi halaman seterusnya pula setiap halaman perlu dilukis dan menceritakan tentang baju tersebut. Apabila melukis papan cerita tersebut bermacam-macam idea yang boleh difikirkan termasuklah lukisan bagi baju tersebut dan teks untuk memperkenalkan atau mempromosikan baju. Halaman yang terakhir pula adalah tentang papan cerita atau edisi yang sudah diedarkan dan edisi yang akan diedarkan pada masa hadapan.

Contoh papan cerita boleh dilihat seperti berikut:

Muka depan papan cerita
Sidang pengarang


Baju lelaki formal

Baju kasual lelaki

Baju sukan lelaki

Baju wanita formal

Baju kasual wanita

Baju wanita berfesyen - yang ni saya yang lukis.. ehehe

Baju kanak-kanak pelbagai jenis


Halaman terakhir: Edisi pada masa hadapan


BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berikut merupakan 5 Asas Grafik:


1. Mudah 
Asas grafik yang mudah adalah jelas di mana gambar tersebut mengandungi  sedikit elemen kerana ia mudah dilihat. Gambar tersebut juga perlu jelas dan terang. Ciri mudah juga perlulah memfokuskan kepada satu atau dua benda supaya tidak nampak serabut.
Contoh Asas Grafik Mudah dapat dilihat seperti gambar di bawah:


2. Keseimbangan
Bagi keseimbangan pula, gambar atau rekaan sesuatu visual perlulah seimbang di mana elemen grafik disusun dengan seimbang dalam setiap bahagian atau sudut reka bentuk. Keseimbangan mempunyai dua iaitu yang pertama ialah formal yang mana pembahagian yang sama antara dua bahagian visual daripada kiri, kanan atas dan bawah. Manakala bagi keseimbangan yang tidak formal pula pembahagian sudut adalah tidak sama rata daripada kiri, kanan atas dan bawah. 
Contoh keseimbangan dapat dilihat seperti gambar di bawah:


3. Kesesuaian
Seterusnya, kesesuaian pula gambar tersebut mestilah sesuai dan nampak menarik. Kesesuaian yang perlu dalam grafik tersebut ialah dari segi ruang, garisan permukaan dan variasi yang terdapat dalam grafik tersebut. Contoh dapat dilihat seperti gambar berikut: 


4. Warna
Di samping itu, warna juga memainkan peranan dalam sesuatu grafik. Salah satu fungsi warna dalam seni grafik adalah untuk melahirkan kesan atau pengaruh tertentu. Warna-warna ini kebanyakannya digunakan bagi karya yang mempunyai tema seperti warna tema baju untuk perayaan. Melalui warna, suasana yang dikehendaki dapat diwujudkan seperti warna yang panas seperti merah dapat menceriakan suasana dan menyemarakkan semangat.
Contoh Asas Grafik Warna adalah seperti di bawah:


5. Teks
Sesuatu grafik atau visual bukan sahaja menumpukan kepada gambar atau lukisan tetapi kadangkala teks juga dititikberatkan bagi memberi maklumat kepada khalayak. Bagi teks ini, penggunaan tajuk, huruf dan stail huruf juga dapat meningkatkan keberkesananan sesuatu paparan visual.
Berikut merupakan contoh gambar Teks:

Sekian sahaja daripada saya.

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...