Wednesday, 10 October 2018

BBM3410/18: Bazar Serumpun yang meriah

Assalamuaikum dan selamat sejahtera. Haliu semua! Kali ni saya nak cerita sikit tentang Bazar Serumpun yang diadakan pada 8 sehingga 11 Oktober anjuran Kolej 15. Dia buka dari jam 10 pagi sehinggalah 11 malam begitu. Kalau cerita Bazar mesti korang terbayangkan jualan makanan, jualan tudung, jualan kain dan seluarkan.

Sudah tentulah ada dah namanya Bazar Serumpun. Pandaikan dorang, dah nak midsem nilah mau kasih habis duit aku. So nanti cuti boleh balik minta duit ibu bapa. Ahahaha. Isisis. Takda lah. Korang mestilah berjimat cermat. Berjimat cermatkan amalan mulia. Jadi beli seja la apa yang patut bah kan. Janganlah semua mau di angkut.

Bazar Serumpun ni meriah juga apalagi waktu-waktu puncak iaitu pada tengah hari dan malam. Maklumlah masa-masa nak makan mestilah turun daripada bilik beli makanan sambil-sambil tu cuci mata. Kalau ada yang berkenan apalagi belilah! Jangan kasih lama. Ehehe.

Saya pun tidak ketinggalan untuk bercuci mata di Bazar Serumpun. Jom lihat apa yang saya lihat. Jom jom jom!!!

Belum masuk lagi ni... Sabar!!!
Saya selalunya mau meronda bazar ni malam sikit. Jadi taklah mandi peluh bila pilih-pilih barang. Betul ka tidak? Bila masuk tu awal-awal dah ada jualan tudung. Ya ampuuun. Mencabar iman betullah.


Jualan tudung Muslimah


Telekung pun ada
Masuk simpang sikit... Ha lagilah terhilang iman terus... Mengucap Fez mengucap!!! Ada makanan dan ada bermacam-macam lagi...


Ada ayam goreng ala-ala KFC & CRS lah

Satay pun ada tau


Bila dah masuk ni. Memang tak tahan dah. Jadi saya pun membelilah. Apa yang saya beli? Ha sambung lagi tengok.
Air Coklat Oreo pilihan hati





Saya beli air dengaaaannnnnn...

Meat Ball
Serius sedap gileer... Tak tahu nak cakap apa. Korang memang kena try!!!

Sebelum balik tu ada nmpk lagi jualan tudung... Saya pun singgahlah kejap...

Tudung Muslimah hujung lagiiiiii...

Singgah singgah singgah... Taraaaaaaaaa inilah hasil memancing saya di Bazar Serumpun...
Bawal cotton tabur manik hitam ala-ala Lady Gaga

Sekian sahaja dari saya, Fezlyanna. Terima kasih kawan-kawan kerana sudi membaca dan luangkan masa bersama saya. Baiiiii...

BBM3410/18: Hargai air

Assalamuaikum dan selamat sejahtera semuanya. Lemah semangatlah mau cerita sama korang. Minggu ini Selangor tiada air. Aduh. Rasa lemas, eh boleh pula rasa lemas padahal tiada air. Kalau sehari boleh tahan lagi. Ini tak 3 hari (9/10/18-11/10/18). Lama tu. Jadi apa yang patut kita buat kalau tiada air? Ini langkah-langkah berjimat air:

1. Isi air dalam baldi sekurang-kurangnya 2 baldi untuk persediaan ketiadaan air di dalam simpanan tangki.
2. Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik anda perlu menggunakan bekas.
3. Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
4. Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
5. Tutup pancuran mandian ketika bersabun.

Ha.. tula langkah-langkah yang perlu diamalkan.


Sekian daripada saya, Fezlyanna.

Wednesday, 3 October 2018

BBM3410/18: Kucing si manja

Haiii semua! Kali ni pula Fez nak cerita sikit zaman kanak-kanak. Waktu saya sekolah rendah darjah 3. Dulu saya sangat suka kucing. Kucing saya nama Meow yang berjantinakan jantan. Mempunyai bulu berwarna hitam putih kelabu. Saya sangat sayang Meow. Sebab apa? Kucing tu memang sangat pandai, dialah kawan saya bermain. Maklumlah waktu tu saya tiada adik lagi.

Kucing Meow suka juga merayau, tapi bila saya panggil nama dia, dia terus datang ke tempat saya. Saya goncang makanan dia pun dari jauh dia tau saya yang memanggil dia. Sangat pandai. Lagi pandainya dia tahu arahan saya. Bila saya suruh duduk, turunkan jari dia duduk. Bila saya jatuh sakit, dia akan baring sebelah saya dan jaga saya sehinggalah saya sihat. Sebab tula saya sayang.

Tapi ada suatu hari tu kan, waktu saya mau ke sekolah. Saya memanggil dia, Meow! Meow! Dia langsung tak  datang-datang. Resahnya hati. Pertama kali ni begini.  Waktu saya berjalan menuju ke bas sekolah saya nampak kucing saya berbaringan di tepi jalan raya. Saya berteriak dan menangis sekuat hati bila nampak kucing saya sudah tidak bernyawa. Terkejut jiran rumah keluar tengok keadaan saya. Hari tu memang saya tak ke sekolah disebabkan kematian kucing kesayangan. Serius kehilangan kucing kesayangan juga pun sakit tau. Memang saya tidak lupa. Silap jugalah waktu malam tu saya penat sangat dari sekolah jadi tak terfikirlah kucing saya. Terus masuk tidur. Saya rasa bersalah. Mula dari hari tu memang tiada satu pun kucing yang pernah menggantikan Meow. Bila nampak kucing saya tak macam dulu dah yang excited sangat. Sekarang macam tiada perasaan. Serius luntur. Sebab Meow, dialah satu-satunya kucing kesayangan saya dari dulu sehingga kini. Rindu!!!


BBM3410/18: M4 Fungsi Putrablast

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. Pada minggu ini Prof telah pergi ke Singapura untuk persidangan. Oleh hal yang demikian, kami diminta untuk melihat tugasan yang diberikan dalam Putrablast. Nampak tak yang Putrablast sangat berguna kepada pelajar. Berbalik kepada tugasan, minggu ini Prof telah memberikan tugasan individu. Kami diarahkan untuk memberikan persepsi tentang jenis-jenis media sosial atau media teknologi yang terdapat dalam bab 1 buku BOOM dan memilih salah satu media sosial atau media teknologi tersebut serta bagaimana menggunakan teknologi tersebut dalam pembelajaran di Universiti. Tugasan ini kemudiannya perlu di emel kepada Prof. Yang paling mencabar pada tugasan ini ialah kami kena mematuhi arahan yang diberikan oleh Prof dan jika tidak mengikuti arahan tersebut, emel akan dipadam dan tiada markah individu. Saya paling berdebar bila sampai tiba masanya perlu emel tugasan tersebut iaitu pada jam 2-3 petang sahaja. Sebelum hantar emel, macam-macam bayangan yang saya dapat. Adakah emel ini sampai ke tempat Prof? Adakah jawapan saya menjawab soalan tersebut? dan yang paling penting.. Adakah emel ini diterima dan tidak akan dipadam oleh Prof? Akhirnya saya menekan butang hantar dan redha.

Pada malamnya, kami mendapat berita bahawa hanya segelintir sahaja emel yang diterima oleh Prof. Berikut merupakan emel yang diterima oleh Prof.




Setelah melihat gambar yang dihantar oleh ketua kumpulan. Saya berasa lega kerana kedua-dua gambar tersebut mempunyai nama saya dan emel saya diterima oleh Prof. Tapi ini bukan tugasan akhir untuk saya berasa senang kerana banyak tugasan lagi yang akan datang yang perlu ditempuhi. ehehehe. Sekian sahaja daripada saya.

BBM3410/18: Jalan-jalan Cari Makan

Haliiuuu semua!!! Bertemu lagi dalam blog Fezlyanna Rilerra. Ok, pada minggu ini saya nak cerita sikit tentang Pesta Makanan Tradisional yang diadakan pada 25 September 2018 di Muzium Warisan, FBMK. Apa yang menariknya?Yang menariknya makanan dan juadah adalah daripada pensyarah FBMK. Ha!!! Mesti kamu semua tak percaya pensyarah pun boleh jadi tukang masak kan. Siap jual lagi tu. Memang berbakat sungguhlah pensyarah FBMK ni. Tapi sebelum tu, waktu pagi kenalah ada perasmiankan. Perasmian pula dirasmikan oleh bukan calang-calang orang tau. Perasmi adalah wakil daripada KPDNKK yang diiringi oleh Profesor Datin Paduka Dato Dr Aini Idris iaitu Naib Canselor, UPM. Tidak kurangnya juga pelajar Multimedia berpusu-pusu menunggu giliran untuk mengambil gambar bersama Profesor Dr Normaliza. Selesai sahaja perasmian, pelajar pun pergi berebut membeli makanan di Pesta Makanan Tradisional. Ada yang sibuk bergambar, ada yang sibuk cari makanan disebabkan kelaparan dan ada juga yang kehausan mencari minuman. Maklumlah waktu puncak untuk makan tengah hari di bawah matahari yang terik. Bukan itu sahaja, ada juga TV3 ya. Naaaa, apalagi semua pelajar pun acah-acah lah membeli di gerai supaya masuk TV nanti. ehehehe. Tiadalah, pelajar FBMK ni sebenarnya dah bosan masuk TV. Ehehe. Belum habis lagi, hari ni juga memang rugilah siapa tidak datang sebab bermacam-macam aktiviti dan acara menarik. Antaranya ialah demonstrasi masakan daripada Dr. Shahrim Karim dan ada pertandingan mewarna, cabutan bertuah, pertandingan kolaj dan sebagainya. Sangat seronok! Pengalaman ini memang bermakna.

Akhirnya dapat juga bergambar dengan Prof.

Template Pesta Makanan Tradisional
"Eh ada orang ambil gambarlah. Jom pandang kamera."

Singgah gerai Dr Norazlina
Inilah laksa Dr Norazlina. Sedap sangat! Yummy.


Yang ni nasi lemak dapat free ja. Ehehe. Sedap juga. 

Sambil-sambil ke Pesta Makanan singgah ambil gambar dekat rumah Tradisional ni pula.

Sangat seronok! Rugi siapa yang tak pergi.

Dekat jalan raya pun ada food truck makanan la. Mana-mana ada makanan. Seronoknya


BBM3410/18: Model Separuh Masa

Haiiiii semua! Fez ada nak cerita benda menarik kali ni. Tau tak apa benda tu? Ha... Tau tak minggu 3 kami diberikan tugasan yang sangat menarik. Ya ampuun. Kami kena jadi model dan kena jadi juru gambar. Seronok sangatlah lebih-lebih lagi pelajar ni kan memang suka ambil gambar. Pergi mana-mana nak ambil gambar. Ha.. sekarang tugasan pun kenalah jadi model. Model separuh masa. Seronokkan. Tapiiiii.. tapi gambar yang di ambil perlulah ada ciri-ciri yang dikehendaki. Rupanya ambil gambar ni bukan sembarangan seja. Mestilah kena ada sudut yang tepat.

Antaranya ialah Mug Shot. Mug Shot ni boleh dikenali sebagai gambar passport. Sebabnya gambar ini memfokuskan kepada muka orang tersebut dan gambar diambil daripada bahu ke atas. Gambar juga mestilah mempunyai ukuran yang sama dari tepi dan atas kepala.Bagi tugasan ini, kami perlulah menyediakan fotografi Mug Shot mengikut emosi yang ada dalam buku 200 Quotes. Contoh gambar Mug Shot adalah seperti berikut.
Safwan yang serius.

Emosi Fatin yang gembira.
Goh yang baik hati.




Seterusnya, gambar Long Shot pula ialah gambar yang diambil jauh daripada objek. Contoh gambar adalah seperti di bawah:


Bila dilihat memang cantik pemandangan  gambar dari sudut jauh.

Seterusnya, fotografi Medium Shot. Medium Shot ini adalah gambar yang diambil dari sudut dekat dan fokus kepada 1 objek. Contoh gambar adalah seperti di bawah.


Sahabat dikala susah dan senang.

Acah-acah model sangat.

Fatin di rumah tradisional.

Seterusnya gambar yang perlu diambil ialah Potrait. Gambar ini perlu nampak setiap inci gambar. Model perlu bersedia ambil gambar dan mempunyai posing yang menarik. Contoh gambar adalah seperti berikut.


Cantiknya model saya. Sudut pun cantik. Tengoklah siapa yang ambil gambar.
Bila Safwan Posing.

Saya pun tidak mahu ketinggalan menjadi model. Ehehe.

Seterusnya, gambar over the shoulder. Banyak-banyak gambar, gambar ni yang saya rasa susah nak ambil sebab tak boleh fokus satu obejek sahaja. Gambar mestilah jelas bagi kedua-duanya. Maklumlah, kamera ni selalunya akan fokus kepada satu sahaja. Antara gambar yang berjaya ditangkap.



Ada wedding shot lah



Busynya korang.

Nak pandu kereta tu la.

Fotografi yang terakhir pula ialah Bird's Eye View. Saya sangat suka yang ni sebabnya saya main drone. First time pegang dan main drone tau. Hanya mampu pinjam Drone kawan sebab tak mampu beli. Gambar Bird's Eye View adalah gambar yang diambil dari atas. Jadi, alternatif yang kita adalah ialah Drone. Contoh gambar adalah seperti berikut:


Pemandangan di Marina Putrajaya menggunakan Drone


Saya sendiri suka tengok gambar ni.

Gambar ni Drone yang tolong ambil. Ehehe.

Gambar-gambar lain pun ada semasa saya membuat penggambaran dan bermain Drone. 

Seronoknya main Drone!

Penerbangan yang baru bermula.


Setelah sesi penggambaran selama beberapa hari, gambar ini di post dalam Instagram. Caption juga perlu diletak dengan menggunakan 3 Quotes di setiap post. Tugasan ini memang menyeronokkan. Kalau tiada tugasan ni sampai bila tak dapat main Drone. Ehehe. Terima kasih kepada rakan saya yang sudi bagi pinjam.


Yang seronok lagi macam semua gambar saya Prof like... Gembira sangat sampai nak melompat-lompat.... Kalau tak caya haaa cuba kamu tengok...






 Sekian sahaja daripada saya. 


Wednesday, 26 September 2018

BBM3410/18: Asas Grafik yang cantik

Pada hari Isnin bersamaan 17/09/2018 iaitu minggu kedua kuliah Multimedia dalam Bahasa. Kami telah diberikan arahan untuk melakukan Asas Grafik. Sebelum memulakan tugas, Prof memberi penerangan tentang Asas Grafik. Terdapat 5 Asas Grafik iaitu mudah, keseimbangan, kesesuaian, warna dan teks. Prof juga memberi penerangan tentang cara melakukan Asas Grafik tersebut.

Pertama sekali kami perlu menyediakan bahan yang telah diberitahu pada minggu lalu. Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah 6 keping mounting board, gunting, stick UHU, pisau, reben dan majalah.

Seterusnya kami perlu mencari gambar-gambar yang mempunyai elemen Asas Grafik. Setelah itu, gambar tersebut perlulah digunting dan dilekatkan dengan kemas. Setelah membuat penelitian dan berpuas hati dengan hasil barulah tugasan tersebut dihantar kepada Prof.











Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...