Wednesday, 7 November 2018

BBM3410/18: Kampung Luanti, Ranau

Haliuuuu rakan-rakan blog. Hari ni sis mau cerita sikit dengan kamu semua tentang percutian sis di Kampung sendiri. Hehehe...
.
Hari tu kan sis pergi Sandakan ke Kota Kinabalu, jadi dalam perjalanan tu sis rebutlah peluang singgah di Kampung Luanti, Ranau. Ada apa di sana?
.
.
Di kampung tu ada spa untuk kaki... ehehe... Ikan tu akan hisap dan gigit kaki korang yang berbau dan kotor tu supaya bagi wangi dan bersih...
.
.
Tapi sis mau bagitahu, kalau mau masuk bukan percuma... Ada juga yuran dia.. Bagi dewasa Rm5 dan kanak-kanak RM3. Ini untuk warganegara... Kalau bawa peralatan kamera seperti telefon pun bayar juga Rm3 ya. Satu kali ja bayar kamera tu untuk satu rombongan. Janganlah mau mengada-ngada bayar seorang satu untuk yuran kamera tu. Kaya berabis tu... Sampai tak tahu mau belanja duit dekat mana...
Yuran Masuk

Waktu saya datang tu hujan tau... sepatutnya masuk percuma tapi dah beli tiket awal... Jadi ertinya bukan rezekilah... Takpa yang penting dapat masuk...
.
.
Sempat lagi bergambar sini biar hujan

Ikan keli pun romantik
Gembiranya tu bukan main

Jadi kawan-kawan... Kumpullah duit ya untuk datang Sabah!!! Memang seronok dan kemungkinan tak cukup datang sekali... Mau datang kali-kalipun ada... Sekian sahaja daripada saya.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...