Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera. Haliiiu! Welcome to Fezlyanna Rillera's Blog. Ha apalagi? Jom kenali saya. Nama diberi Fezlyanna Anak Rajasmi. Merupakan anak jati Negeri Sabah. Bukan berbangsa India tapi daripada suku kaum Iban campuran Sungai Kinabatangan. Boleh berbahasa Melayu dan boleh berbahasa Dusun. Nga okuri-kuri boh (Tapi sikit-sikit sahajalah). Saya merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) dan mengambil jurusan Bacelor Sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu).
Rakan-rakan sekalian nak tahukah perjalanan saya semasa mendapat tawaran masuk ke UPM. Kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah teruskan membaca. Kalau rakan-rakan nak tahu sebelum saya mendapat tawaran ke Universiti saya tidak pernah menjejakkan kaki di Tanah Semenanjung dan akhirnya pada 30/8/2015 saya telah mendaftarkan diri ke UPM tanpa ditemani oleh keluarga. Kiranya saya solo-solo ke UPM. Kalau dikenang waktu tu memang banjir kapal terbang masa tu. Menangis tak henti-henti sebab berjauhan dengan ibu bapa. Sudahlah pertama kali ke Semenanjung lepastu tanpa ditemani keluarga lagi. Tak kau banjir. Tapi sampai sahaja di Lapangan Terbang Kuala Lumpur(KLIA), saya cekalkan hati dan berazam untuk menjadi mahasiswa yang cemerlang.
Kini saya bergelar pelajar akhir. Bukan mudah untuk menjadi pelajar akhir sebab disinilah banyak aktiviti dan cabaran yang akan dilalui terutamanya perlu fokus kepada Projek Imiah Tahun Akhir kerana FYP merupakan syarat bergraduat bagi setiap mahasiswa. Tetapi itu tidak menjadi masalah untuk kami belajar dan melakukan aktiviti lain. Multimedia dalam bahasa merupakan kursus yang wajib diambil oleh pelajar BLM. Kursus ini memang seronok. Bukan sahaja dapat bersama-sama dengan rakan-rakan untuk melakukan aktiviti dan tugasan yang diberikan sekaligus dapat meneroka UPM sebelum berakhirnya perjalanan Degree di sini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pengalaman mengajar pemulihan
Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...
-
Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Hari ini saya ingin berkongsi tentang info penghasilan papan cerita. Papan cerita ialah sesuatu c...
-
Haiiii semua... Sis mau bagitau bah ni... Kalau balik kampung di Sandakan Sabah... Makanan wajib yang perlu dirasa ialah Coto Makassar, Baks...
No comments:
Post a Comment