Wednesday 26 September 2018

BBM3410/18: Ilmu baharu Multimedia

Haliuu!!! Setelah berakhirnya cuti semester, 12/09/2018 adalah merupakan hari pertama kuliah Multimedia dalam Bahasa. Pensyarah bagi kursus ini ialah Profesor Dr. Normaliza Binti Abdul Rahim. Sebelum menghadiri kelas Prof memang bergegar lutut tapi rupanya kelas Prof memang happening. Seronok sangat. Pada hari pertama Prof telah memberi penerangan tentang kerangka kursus ini.

Prof  juga memberi penerangan tentang pemarkahan kerja kursus dan peperiksaan akhir. Jumlah markah yang diberikan untuk kerja kursus adalah sebanyak 60% manakala selebihnya iaitu 40% akan dinilai bagi peperiksaan akhir. Pada hari ini juga Prof telah memberi penerangan tentang etika semasa dalam kelas. Prof juga ada memberitahu buku yang akan kami gunakan untuk kursus ini. Buku tersebut ialah BOOM! dan 200 Quotes.

Seterusnya, Prof memberi arahan kepada pelajar untuk membawa peralatan dan bahan bagi tugasan berkumpulan.  Bahan yang perlu dibawa pada minggu hadapan ialah 6 keping mounting board, gunting, stick UHU, pisau, reben (suku inci lebar, setengah meter panjang) dan majalah terpakai (Glossy). Oleh kerana tugasan yang diberikan berkumpulan. Prof memberi arahan untuk membentuk kumpulan yang terdiri daripada 10 orang. Setelah melakukan perbincangan sesama rakan dalam kumpulan, kami bersetuju memberi nama kumpulan Panglima Awang.

Berikut merupakan senarai nama ahli kumpulan kami:
1. Goh Soon Jian 18332
2. Anantha Rao 183450
3. Fatihah 183746
4. Safwan 184122
5. Fatin 184748
6. Fezlyanna 184915
7. Adel 185010
8. Ummu 185057
9. Syed 186008
10. How 187621


Selesai sahaja kuliah, kami diarahkan untuk menandatangani kehadiran sebelum. Banyak ilmu yang kami dapat pelajari daripada kursus ini. Kelas Prof sangat seronok dan saya tidak menyangka Prof seorang yang periang.


No comments:

Post a Comment

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...