Thursday, 18 October 2018

BBM3410/18: My Lovely Smurf

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haliu semua!!! Hari ni saya mau cerita pasal game online di telefon. Nak tanya sikit telefon korang ada game apa ja? Kalau saya ada Mobile Legend, Iddle Heroes dan Smurf. Ok, hari ni saya mau cerita tentang game saya iaitu Smurf. Game Smurf ni dia tidaklah mencabar manapun mcm game-game korang tapi game jenis ni bersifat santai. Tak payah marah-marah dan rasa tertekan kalau kalah rank. Game ni sesuai untuk kanak-kanak dan pelajar yang ingin menghilangkan stress. Jadi korang cepat-cepat install tau game ni. Nama game dalam Playstore ialah The Smurf Village and the Magical Widow. Yang bestnya game ni korang boleh save tau sebab game ni akan berhubung dengan facebook atau akaun google korang.

Sebelum main inilah muka depan game smurf tu.

Kalau korang main pertama dia akan kosong tau. Korang tiada rumah, tiada pondok macam kampung yang baru mau up. Kalau saya punya dah Level 34, jadi kiranya kampung Smurf saya ni dah maju sikitlah. Sikit je tak banyak. Yang banyak tu, banyak lagi kena buat. Gitu ya gais.

Uptown Square
Uptown Square dan pelbagai huts ni boleh di upgrade tapi menggunakan barang tertentu. 
Dia nak tukul, kayu dan potion untuk upgrade pondok si Hefty

Kalau korang nak dapatkan benda tu korang kenalah rajin menanam jadi adalah ganjaran dia bagi daripada hasil menanam tu dan ganjaran tu dia akan simpan dalam stor. Tapi kalau nak menanam buah atau sayur dia ada juga tempoh siapkan tanaman korang tu. Stor pun kena upgrade tau supaya korang boleh simpan banyak buah, tanaman dan sebagainya dalam tu.


Tanam-tanam jagung tak perlu dibaja, orang berbudi kita berbahasa
Ini stor untuk simpan barang


Selain dapat ganjaran lain korang boleh buat cake menggunakan tanaman korang. Ikutlah buah atau sayur yang dia nak tu.
Jagung yang ditanam boleh buat Pai Jagung. Yummy!!

Ha ni gambar-gambar yang ada dalam kampung Smurf saya. 

Uptown square dan Pondok Papa Smurf (Atap merah)

Ada pondok si Smurfette (Kedai bunga), gerai, kedai makan dan pondok si Brainy

Pondok si Penanam

Perumahan Smurf dan ada pondok kayu

Ada gua tempat menggali gems dan ganjaran serta kolam untuk Smurf melakukan aktiviti

Bukan itu sahaja, korang juga boleh add saya dalam ni. Nak jadi ahli kumpulan saya pun boleh. Bagitau saya jadi saya boleh tambah korang untuk jadi ahli.


Jadi, cepat-cepatlah install!!! Kita main sama-sama. Sekian dari saya.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...