Monday, 12 November 2018

BBM3410/18: M9 Pembentangan One Shot & Aktiviti Kelas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya. Semoga yang membaca ni diberikan kesihatan yang baik... In shaa Allah...
.
Ok, hari ni Fez mau cerita apa tugasan yang kami buat pada minggu ini... Minggu ni kelas santai... Kami kena bentang Video One Shot yang kami buat dua minggu yang lalu selepas habisnya cuti mid sem... Ada 8 kumpulan yang bentang dan semuanya memang terbaik...
.
.
Tapi antara 8 kumpulan, Prof mengumumkan ada dua kumpulan yang paling terbaik... Kumpulan tu Mawar Production dengan membuat Video One Shot daripada lagu Syinta gila daaaaaaan kumpulan Panglima Awang (kumpulan saya) dengan lagu Hajat dari Hael Husaini... Bila Prof umumkan kumpulan kami menarik walaupun masa tengok tu gelap... Gembiranya bukan main...
.
.
Kalau kamu mau tengok Video One Shot kumpulan Panglima Awang tekan url di bawah
https://www.youtube.com/watch?v=lPDKtFOZ5QQ

Jangan lupa like dan subscribe ya...

Kumpulan Panglima Awang
Kumpulan Mawar Production
Selesai sahaja pembentangan... Prof bagi tugasan untuk dibentangkan pada minggu hadapan... Kami kena buat Video One Shot Two Layer pula... Lagi seronok sebab video ni kita kena menyanyi (miming) dan kena lakonkan... Nantikaaaaaaannnnnn....
.
.
Selepas tu kelas diteruskan dengan membuat aktiviti dalam buku BOOM! bab 7... Ada tiga soalan dan kami kena siapkan dan hantar sebelum tamatnya waktu kelas... Kata Prof, latihan ni mungkin akan masuk dalam Peperiksaan Akhir.... Jadi kawan-kawan sekelasku sila ingat!!!
.
.
Sekian sahaja dari saya

No comments:

Post a Comment

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...