Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18: Asas Grafik

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Berikut merupakan 5 Asas Grafik:


1. Mudah 
Asas grafik yang mudah adalah jelas di mana gambar tersebut mengandungi  sedikit elemen kerana ia mudah dilihat. Gambar tersebut juga perlu jelas dan terang. Ciri mudah juga perlulah memfokuskan kepada satu atau dua benda supaya tidak nampak serabut.
Contoh Asas Grafik Mudah dapat dilihat seperti gambar di bawah:


2. Keseimbangan
Bagi keseimbangan pula, gambar atau rekaan sesuatu visual perlulah seimbang di mana elemen grafik disusun dengan seimbang dalam setiap bahagian atau sudut reka bentuk. Keseimbangan mempunyai dua iaitu yang pertama ialah formal yang mana pembahagian yang sama antara dua bahagian visual daripada kiri, kanan atas dan bawah. Manakala bagi keseimbangan yang tidak formal pula pembahagian sudut adalah tidak sama rata daripada kiri, kanan atas dan bawah. 
Contoh keseimbangan dapat dilihat seperti gambar di bawah:


3. Kesesuaian
Seterusnya, kesesuaian pula gambar tersebut mestilah sesuai dan nampak menarik. Kesesuaian yang perlu dalam grafik tersebut ialah dari segi ruang, garisan permukaan dan variasi yang terdapat dalam grafik tersebut. Contoh dapat dilihat seperti gambar berikut: 


4. Warna
Di samping itu, warna juga memainkan peranan dalam sesuatu grafik. Salah satu fungsi warna dalam seni grafik adalah untuk melahirkan kesan atau pengaruh tertentu. Warna-warna ini kebanyakannya digunakan bagi karya yang mempunyai tema seperti warna tema baju untuk perayaan. Melalui warna, suasana yang dikehendaki dapat diwujudkan seperti warna yang panas seperti merah dapat menceriakan suasana dan menyemarakkan semangat.
Contoh Asas Grafik Warna adalah seperti di bawah:


5. Teks
Sesuatu grafik atau visual bukan sahaja menumpukan kepada gambar atau lukisan tetapi kadangkala teks juga dititikberatkan bagi memberi maklumat kepada khalayak. Bagi teks ini, penggunaan tajuk, huruf dan stail huruf juga dapat meningkatkan keberkesananan sesuatu paparan visual.
Berikut merupakan contoh gambar Teks:

Sekian sahaja daripada saya.

No comments:

Post a Comment

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...