Monday 12 November 2018

BBM3410/18: Pemeriksaan kulit buat pertama kalinya

Hai hai semua... hari ni fez mau ceritakan bah... Hari tu kan Fez nampak satu iklan di kumpulan Whatsapp pasal pemeriksaan kulit... Masuk percuma sahaja... Jadi apalagi Fez rebutlah peluangkan mau memeriksa kulit... Lagipun kawan ikut sekali jadi tidaklah juga risau atau bosan waktu periksa tu kan...
Iklan nilah yang saya nampak tu dalam kumpulan Whatsapp
Lepas pergi tu ingatkan ramailah... Rupanya tak ramai.. Tapi bagus juga taklah balik lewat sangatkan untuk cek kulit...
.
.
Sebelum cek kulit...kami ditanya produk apa yang kami guna pada waktu sekarang. Lepas tu dia bagi pendedahan kepada kami tentang produk Artistry yang boleh melembapkan kulit. Aku pun baru tau ada juga produk ni... Artistry kalau dijarakkan jadilah Art is try... Memang ada sejarahnya kenapa nama tu Artistry sebab produk ni dulu sebelum laku keras sampailah nombor 5 dunia... Pencipta produk ni dia bagi isteri dia guna dulu... Begitulah ceritanya
Cantik kulit penasihat kami ni... Terus rasa percaya tu ada... Ehehe
Lepas dia bagi penerangan... Dia pun mulalah cek kulit kami seorang demi seorang guna alat tu... Aku fikirkan besar gedebak rupanya kecil macam tapak tangan seja...
Alat cek kulit
Dia pun cek lah kulit aku...
Nampak tak aku tengah tutup mata... Aku hayati tu mesin tu diletak muka aku... Maklumlah pertama kali cek kulit...
Lepas cek-cek tu Ya Allah... Umur aku 23 mesin tu kata macam 60 sampai keputusan kedutan pun sampai 56 daripada 8 normal.. Muka nampak licin tapi rupanya jerawat banyak lagi nak tumbuh... Kulit tak usah cakaplah memang kering... Orang nampak pun boleh tahu.. Apalagi mesin ni kata... kekeringan kulit aku ni di tahap yang sangat teruk dan memerlukan rawatan intensif...

Pigmentasi

Merah tu tandanya jerawat nak tumbuh

Kulit kering yang sangat

Ini keputusan keseluruhan
Nampak tak kedutan aku tu 54 woo... Normal 8 sahaja... Umur baru 23 macam dah tua... 
Lepas dia cek kulit... Dia bagitahu apa patut kami pakai... Tapi mestilah Artistry juga kan... Artistry tu memang bagus... Memang nampaklah perbezaan bila kami cuba guna... Sejuk dan lembab... Tapi tula kan... Harga pula tidak mengizinkan... Tapi memang berniat nak beli jika ada kerja nanti... Doa banyak-banyaklah dapat kerja supaya boleh beli produk macam Artistry ni...

Senarai harga Artistry
Tapi apa-apapun terima kasih kepada pihak yang menganjurkan iaitu Muse sebab mereka kami dapat tahu keadaan kulit kami macam mana... Bagi nasihat kepada kami dan memberikan layanan yang sangat bagus walaupun berbeza agama... Terbaiiiik!!!!
.
.
Sekian sahaja daripada saya...

No comments:

Post a Comment

Pengalaman mengajar pemulihan

Assalamualaikum... Syukur Alhamdulillah, Februari ni masuk dua bulan sudah saya mengajar di Sekolah Rendah Islam Dar Al Hufaz. Salah satu ...